Content

SummerScan: Tukar NFT Kepada Aset Digital Interaktif Dalam Dunia Nyata

Dunia teknologi heboh dengan terma baru; web 3.0, yang bermaksud infrastruktur internet menggunakan matawang kripto dan blok rantai. Non-fungible token (NFT) adalah antara idea yang paling mencetuskan kontroversi. Anda mungkin pernah lihat gambar monyet ini yang terjual dengan harga ribuan US Dollar.

Various_Bored_Ape.jpg

Non-fungible token (NFT) sebagai suatu bentuk kad ahli atau diskaun berteraskan teknologi blok rantai.

Potensi teknologi NFT mampu melangkaui sekadar “resit” gambar monyet yang disimpan dalam dompet digital anda. Sebagai bisnes, menawarkan NFT sebagai “koleksi” untuk dikumpul sahaja tidak cukup untuk memberikan nilai kepada pengguna. Antara contoh terbaik adalah kad diskaun atau baucer yang boleh ditukar milik dan dijual beli.

Memandangkan NFT hanya wujud dalam dunia digital, adakah sesiapa sahaja boleh “cetak dan simpan (copy-and-paste)” kad diskaun atau baucer tersebut?

Nilai NFT wujud kerana semua data berkenaan sesuatu aset digital tersebut disimpan dalam blok rantai. “Muka hadapan” NFT (e.g fail digital seperti jpeg, png dan lain-lain) boleh dicetak tetapi bukti pemilikan tidak boleh dicetak atau diubah tanpa kebenaran pemilik.

Jadi, NFT boleh dianggap sebagai suatu jenis “resit” digital. Apa kegunaan praktikal untuk teknologi ini? Bayangkan anda mempunyai points dalam e-wallet atau app dalam bentuk aset digital dan ia boleh ditukar kepada aset digital lain ataupun dijual beli dalam pasaran kedua. Cara ini akan mendemokrasikan pengguna dan secara langsung, mencipta ekonomi/pasaran baru.

Kita semua sedia maklum dengan aplikasi diskaun pengguna seperti Fave, Groupon dan Shopback yang dikenali sebagai sistem diskaun berpusat. Tetapi sistem ini mempunyai beberapa kelemahan seperti:

Walaupun mempunyai kelebihan tersendiri, NFT masih lagi sebuah aset digital dan hanya wujud di alam maya. Majoriti bisnes terlibat secara fizikal seperti servis, restoran, butik atau acara. Masalah utama sistem diskaun menggunakan blok rantai dalam aspek dunia fizikal adalah dari segi mesra pengguna. Bisnes perlu meluangkan masa mendidik staf dalam blok rantai dan pastikan pelanggan mempunyai rekod pemilikan yang sah. Masalah ini boleh menghalang bisnes untuk cuba menceburi strategi pemasaran NFT.

Terdapat sebuah start-up blok rantai di Malaysia yang mempunyai matlamat utama menyelesaikan masalah antara aset digital dan dunia nyata iaitu SummerWatch Projects. Pada tahun 2022, mereka telah berjaya membangunkan teknologi blok rantai terbaru iaitu SummerScan.

Frame 12 (1).png